Apa itu insomnia?


Definasi Insomnia
Insomnia adalah perasaan subjektif di mana seseorang itu merasakan  bahawa beliau kekurangan tidur atau rasa tidak puas walaupun telah mendapat peluang untuk tidur dengan secukupnya.
Masalah tidur di kalangan warga emas adalah disebabkan perubahan aras hormon badan dan perubahan kitaran tidur. Buat masa ini tiada standard yang menyatakan bahawa jumlah jam tidur yang dianggap mencukupi bagi warga emas. Masalah tidur adalah berasaskan kepada keluhan seseorang itu mengenai ketidakcukupan tidur atau terdapat mengganggu kepada fungsi harian mereka.
Tanda tidur yang mencukupi adalah apabila seseorang itu bangun dari tidur dengan merasa bertenaga dan puas.
Fisiologi tidur berubah dengan peningkatan umur. Kanak-kanak biasanya memerlukan tidur

yang lebih banyak berbanding dengan orang dewasa. Jadi bolehlah dikatakan bahawa insomnia bukanlah masalah jumlah jam seseorang itu tidur, tetapi setakat mana tidur itu dapat merehatkan diri dari segi fizikal dan minda.

Tanda-tanda dan gejala insomnia                                                         
  • Sukar untuk  mula tidur (jumlah masa yang diambil daripada masa melelapkan mata sehingga masa mulanya tidur)
  • Bertambahnya masa tidur yang tidak nyenyak
  • Kerap terjaga lebih awal daripada masa bangung biasa
  • Merasa letih atau mengantuk di waktu siang menyebabkan kerap tidur di siang hari


Kesan dari tidur yang terganggu
  • Letih fizikal dan mental, resah dan panas baran
  • Peningkatan risiko kemalangan
  • Kemerosotan keupayaan ingatan, perhatian dan prestasi aktiviti harian
  • Peningkatan risiko jatuh,
  • Peningkatan kadar kematian

Comments

Popular posts from this blog

TIDUR RAWAT BADAN DAN MINDA

5 Punca Mengantuk Petanda Penyakit

Cara Solat Sunat Tarawih 8 & 20 Rakaat Di Rumah Seperti Yang Disarankan JAKIM Susulan PKP