Jom Tidur Ikut Sunnah Nabi Muhamaad S.A.W


Ramai yang tertanya-tanya kenapa tidur mereka tak nyenyak, lepastu selalu dapat mimpi buruk. Mana tak nya, tah dari mana anda pergi, balik rumah terus lompat atas katil tanpa bersihkan diri terlebih dahulu.
Patutnya mandi ke atau sekurangnya basuh kaki sebelum tidur. Sikap macam ni bukan kuman je hinggap kat badan korang tapi benda-benda tak elok pun boleh menyinggah tau. Haaa mesti anda rasa benda-benda mistik kan? Fikir-fikirkan lah!
Rasulullah SAW sudah memberi panduan atau tips untuk dapatkan tidur yang berkualiti dan tenang, kenapa tidak diikuti? Jom tengok apa sunnah tidur mengikut Nabi Muhammad SAW:-


  • Ambil wuduk
Walaupun anda sudah solat sebelum tidur, tetapi tak salah jika anda ambil wuduk sekali lagi sebelum tidur. Bukan hanya anda bersihkan anggota badan secara fizikal, bahkan anda juga dapat tenangkan rohani untuk tidur. Tidur kan ibarat kita mati, jadi jika apa-apa terjadi pada kita waktu tu, sekurangnya anda sudah bersih dan suci sekaligus memudahkan urusan orang lain untuk mengebumikan kita.
  • Berdoa
Amalkan berdoa sebelum tidur. Hal ini bertujuan untuk membuatkan hati lebih tenang. Kalau penat mengantuk sangat pun, sebut bismillah pun dah ok. Maksudnya ‘Dengan Namamu Ya Allah Aku Mati dan Hidup’. Lagi elok kalau anda baca doa2 tertentu.

  • Tidak tidur terlentang
Pernah dengar tak dengar golongan mak-mak marah tidur terlentang? Katanya tak elok amalan syaitan. Tidak tahu sejauhmana kebenarannya, apa yang pasti mengikut kajian yang telah dilakukan, tidur dalam keadaan terlentang sebenarnya akan membuatkan saluran nafas tersekat dan lebih menguatkan bunyi dengkuran. Oleh itu, waspadalah!
  • Tidur awal dan bangun awal
Rasullah SAW memang menyarankan umatnya tidur awal untuk bangkit pada 1/3 malam membuat amalan sunat seperti solat tahjud, solat hajat, dan sebagainya amalan-amalan sunat berkaitan. Bukan itu sahaja, tidur awal dan bangun awal sebenarnya lebih efektif agar anda bangun segar dipagi hari sekaligus dapat mulakan semua aktiviti dengan cergas.

  • Tidur menghadap ke kanan, tangan kanan diletakkan di muka
Buat pengetahuan anda semua, ini salah satu amalan yang dilakukan Nabi kita untuk mendapatkan tidur yang lena setelah lampu dipadamkan. Sebagai seorang muslim sejati, ikutilah amalan-amalan Sunnah baginda agar kita lebih mendapat barakah dalam kehidupan.



Comments

Popular posts from this blog

TIDUR RAWAT BADAN DAN MINDA

5 Punca Mengantuk Petanda Penyakit

Cara Solat Sunat Tarawih 8 & 20 Rakaat Di Rumah Seperti Yang Disarankan JAKIM Susulan PKP