MENYESAL SAYA BELI BANTAL DAG


“Silap saya juga sebab tak tengok dan teliti betul-betul bantal DAG yang saya minat tu, patut la bila dah sampai rumah, dah guna saya tengok kualitinya tak sama macam saya nak, bila saya tengok dekat Facebook, Betul la! bantal saya beli tu bukan bantal DAG”- pengguna
Tajuk “MENYESAL SAYA BELI BANTAL DAG…” sebenarnya dikaitkan dengan situasi di atas iaitu pengguna yang MENYESAL kerana tersalah beli bantal, ingatkan bantal DAG tapi bukan bantal DAG rupanya.
Situasi di atas sering terjadi kepada pengguna, kehendak hati mereka tidak dapat dituruti. Adakah anda juga turut mengalami situasi tersebut? Jika ya, anda perlu buat ‘fast research’ dahulu sebelum membeli. Bukan apa, bila tersalah membeli kelak anda yang rugi!
Kebanjiran pelbagai produk di pasaran menyebabkan pengguna kini berkuasa dan lebih bijak memilih produk yang mereka gemari bermula dari soal pemakanan, kesihatan, pakaian, alatan rumah hinggalah kelengkapan di ruang kamar.
Tidak salah rasanya jika pengguna mahukan produk terbaik sekaligus membuatkan mereka berpuas hati dengan wang yang dilaburkan serta khidmat servis yang ada pada sesuatu produk tersebut berbaloi.
Ledakan teknologi maklumat melalui media atas talian seperti Facebook, Telegram, WhatApps, Telegram, Instagram, Twitter dan sebagainya banyak memberi maklumat dan info berguna kepada anda sebagai pengguna agar anda lebih mengenali ciri-ciri produk tersebut. Pun begitu anda perlu hati-hati kadangkala maklumat yang tular merupakan maklumat tidak sahih. Bagi mengelakkan masalah sebegini, sebaiknya rujuk kepada pihak HQ syarikat produk tersebut.
Syarikat Das Abdul Global Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai DAG merupakan sebuah syarikat pengeluar jenama bantal dan kelengkapan bilik tidur berkualiti tinggi milik syarikat bumiputera yang dikenali dan dipercayai di seluruh Asia sentiasa menjanjikan kepuasan buat para pengguna melalui servis produk yang ditawarkan.
Oleh itu, sebagai pengguna bijak dan sentiasa peka, anda haruslah mengetahui ciri-ciri utama dan keistimewaan produk DAG yang ada dipasarkan agar anda dapat membeli produk DAG yang asli daripada usahawan DAG yang berdaftar secara sah.

Comments

Popular posts from this blog

TIDUR RAWAT BADAN DAN MINDA

5 Punca Mengantuk Petanda Penyakit

Cara Solat Sunat Tarawih 8 & 20 Rakaat Di Rumah Seperti Yang Disarankan JAKIM Susulan PKP