Posts

DOA MEMOHON TERBEBAS DARI VIRUS CORONA SEBELUM BULAN RAMADHAN

Image
Wahai makhluk Allah yg bernama covid 19 (CORONA)... Jika Engkau tentara Allah yg dikirim untuk memberantas kesombongan dimuka bumi...  Segerakanlah tugasmu... Ijinkan kami bisa menghirup udara ramadhan yg syahdu.... Ijinkan kami... Menemui bulan penuh ampunan Dari Robb semesta alam... Wahai makhluk nano berukuran 150 nanometer yg mampu menggemparkan dunia... Ukuran kecilmu menjadi bukti kuasa Pencipta-Nya Aamiin Ya Rabb   ❤ Kami ingin Tarawih berjalan seperti biasa, Kami ingin Puasa Ramadan seperti biasa, Kami ingin Umrah berjalan seperti biasa. Kami ingin Haji berjalan seperti biasa. Aamiin Ya Mujib   ❤ Tolong Aamiinkan ramai ramai  ❤ Yakinlah doa kita pasti akan di qabulkan Allah Subhanahu Wa Ta’ala  Covid19 (CORONA) pulanglah ke tempat Mu dengan tenang sebelum Ramadan Covid19 (CORONA) pulanglah ke tempat Mu dengan tenang sebelum Ramadan Covid19 (CORONA) pulanglah ke tempat Mu dengan tenang sebelum Ramadan

Cara Solat Sunat Tarawih 8 & 20 Rakaat Di Rumah Seperti Yang Disarankan JAKIM Susulan PKP

Image
Setiap kali tibanya bulan Ramadan, ibadah yang paling dinantikan selain daripada berpuasa ialah solat sunat tarawih Mungkin ramai yang di antara kita yang lebih gemar untuk menunaikan solat tarawih di masjid ataupun di surau kerana sekiranya dikerjakan secara berjemaah, maka bertambahlah pahala. Namun begitu, tuntutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini menyarankan orang ramai untuk menunaikan solat sunat itu di rumah sahaja bagi mengelak penularan wabak Covid-19. Usah risau kerana kita masih boleh menunaikan solat tarawih sama ada secara sendirian atau berjemaah bersama keluarga di rumah. Untuk makluman, solat tarawih boleh dikerjakan sepanjang malam dan bukan pada masa tertentu atau harus selesai dalam sejam atau dua selepas Isyak sahaja. Malah, pukul 12 tengah malam pun masih boleh bertarawih, asalkan ditunaikan sebelum masuk waktu Subuh. Berikut adalah cara-cara menunaikan solat sunat terawih bersendirian ataupun secar

Panduan Solat Terawih Ringkas Di Rumah Untuk Wanita & Ibu Yang Ada Anak Kecil

Image
Menjadi salah satu ibadah yang paling dinantikan oleh masyarakat beragama Islam di seluruh dunia apabila tibanya bulan Ramadan adalah solat sunat terawih. Namun, bukan semua dalam kalangan kita yang berpeluang untuk mengerjakan solat ini di masjid kerana kekangan masa dan kerja. Khususnya untuk para wanita dan ibu yang perlu menjaga ramai anak di rumah, inilah panduan dan caranya untuk anda menunaikan solat sunat terawih di rumah bersendirian. PERTANYAAN MENGENAI SOLAT TERAWIH SENDIRIAN 1 ) Bagaimana nak buat solat taraweh bersendirian? 2 ) Adakah selawat selepas setiap 2 rakaat solat taraweh itu perlu dan macamana kalau tidak buat dan cara melakukanya (tidak berselawat) Jawapan; 1. Solat terawih sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramad

Ratib Al-Attas, 'Jihad' Rohani Hadapi COVID-19

Image
Vaksin dan ubat mengatasi penyakit COVID-19 masih belum ditemui tetapi umat Islam mempunyai ‘pertahanan’ kuat secara rohani dengan melipatgandakan doa kepada Allah SWT supaya diberikan perlindungan, sekali gus dijauhkan penyakit berbahaya. Ketika ini, kelompok barisan hadapan khususnya petugas perubatan dan keselamatan sedang ‘berjihad’ bagi memerangi wabak ini, justeru umat Islam yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di rumah berupaya membantu dengan memperbanyakkan amalan kerohanian sebagai ikhtiar. Terdapat pelbagai amalan dalam usaha melindungi diri daripada wabak tetapi ada amalan khusus melalui zikir, doa dan solat sunat yang diajarkan, sekali gus boleh dipraktikkan bersama-sama bagi menghadapi detik kritikal ini. Pendakwah, Muhadir Joll, berkata orang yang beriman meyakini manfaat dan kemudaratan hakikatnya datang daripada Allah SWT. “Orang beriman akan menempuhi ujian ini dengan bersabar dan menginsafi kelemahan serta kelekaan diri.

Malam Nisfu Syaban: Kelebihan, Doa & Amalan Yang Digalakkan

Image
Apakah kelebihan malam nisfu syaban? Apakah amalan-amalan yang digalakkan pada malam tersebut? Artikel ini akan menjelaskan beberapa kelebihan, doa dan amalan yang digalakkan untuk dilakukan pada malam tersebut. Pengenalan Mengapakah malam nisfu syaban begitu istimewa? Banyak kelebihan malam nisfu syaban, antaranya malam ini adalah terbukanya pintu langit dan malam dimakbulkan doa. Malam Nisfu Syaaban juga dipanggil: Lailatul Mubarakah (malam keberkatan), Lailatul Baraah (malam pelepasan), Lailatul Qismah wal-taqdir (malam pembahagian dan penentuan) Lailatul Takfir (malam mengkifaratkan dosa). Lailatul Ijabah (malam diperkenankan doa), Lailatul Syafaah (malam syafaat) Lailatul Idil Malaikah (malam raya malaikat). Lailatul Hayat (malam hidup), iaitu malam yang tidak dimatikan apabila seseorang menghidupkan malamnya. Kelebihan-Kelebihan Malam Nisfu Syaban Berikut adalah beberapa hadis yang menceritakan kelebihan malam nisfu syab