TIDUR RAWAT BADAN DAN MINDA
Adakah anda tahu sebetulnya berapa lama tempoh masa tidur yang cukup untuk manusia? Ada yang berpendapat 8 jam sehari, sejauhmanakah kesahihan fakta tesebut? Menurut kajian yang dijalankan oleh UCSD menunjukkan rahsia umur panjang adalah hanya tidur yang cukup sekitar 6.5 jam sehari. Jadi, adakah tidur anda melebihi atau kurang daripada waktu yang dinyatakan? Tidur amat penting kerana ianya merupakan waktu untuk kita rehat setelah melakukan pelbagai aktiviti dalam rutin harian dan dapat merawat badan serta minda. Memetik dari berita harian online, tidur berpanjangan selalunya dikaitkan dengan sifat malas tetapi hakikatnya ia adalah rahsia kepada penawar segala penyakit. Waktu tidur yang cukup penting kerana dapat berehat dan berkait rapat dengan sistem saraf autonomik yang mengawal beberapa proses tubuh seperti tekanan darah, kadar pernafasan yang bekerja secara automatik tanpa disedari serta sekiranya terganggu, meninggalkan kesan kepada badan. Mari kita lihat ap
Comments
Post a Comment