About


SAUFI KAMALUDIN

Saya seorang usahawan umrah sepenuh masa & guru kepada ribuan bakal jemaah umrah di seluruh Malaysia. Saya memulakan perniagaan umrah ni sejak tahun 2016 bermula dengan menjadi Mutawwif kepada beberapa syarikat travel lain. 
Sepanjang saya berada di dalam industri umrah ini, ramai jemaah yang saya lihat mereka ambil sambil lewa dalam melaksanakan ibadah umrah. Ada yang tak tahu macamana nak urus diri semasa di tanah suci dan ada juga yang pulang ke Malaysia dalam keadaan berihram umrah tanpa mereka sedar. Akibatnya mereka akan langgar pantang larang ihram ketika di Malaysia sehinggakan ada jemaah yang tidak sah menjadi wali kepada pernikahan anaknya kerana masih dalam keadaan ihram umrah. Paling membimbangkan mereka tidak mendapat umrah yang mabrur tetapi mereka mendapat umrah yang dilaknati disebabkan tanpa bimbingan dan pembimbing yang betul. Na'uzubillah, 
Justeru, saya mengambil keputusan mewujudkan pakej umrah sendiri iaitu Umrah Sinar dengan matlamat agar jemaah umrah di bawah pimpinan saya dapat melaksanakan umrah dengan betul, mereka lebih yakin dan lebih selamat khususnya kepada ibu ayah yang pertama kali mengerjakan umrah.
Alhamdulillah saya berjaya membantu ribuan jemaah umrah termasuk jemaah dari Brunei dan Indonesia dalam membimbing mereka menguruskan diri dan menguruskan ibadah mereka di tanah suci Mekah mahupun Madinah. Saya juga telah membantu ramai jemaah yang pertama kali mahupun dah berkali-kali ke tanah suci melalui program Klinik Umrah.
Setelah hampir 4 tahun pengalaman menguruskan jemaah umrah, saya nak kongsikan pengalaman dan ilmu kepada anda dalam satu program yang santai iaitu ‘Klinik Umrah’. Ramai yang minta saya kongsikan ILMU dan PENGALAMAN sepanjang 4 tahun saya membimbing jemaah umrah & sekarang adalah masa terbaik.
Saufi Kamaludin
Guru Klinik Umrah
Umrah Sinar
Sinar Haramain Travel & Services Sdn. Bhd.










Comments

Popular posts from this blog

TIDUR RAWAT BADAN DAN MINDA

5 Punca Mengantuk Petanda Penyakit

Cara Solat Sunat Tarawih 8 & 20 Rakaat Di Rumah Seperti Yang Disarankan JAKIM Susulan PKP